Wednesday, June 18, 2008

Takaful Untuk Individu, Keluarga & Am

TAKAFUL KELUARGA
Takaful Keluarga Terdiri Daripada Berbagai Skim Untuk Keperluan Anda Seperti Individu, Suami Isteri Dan Pendidikan Anak.

Skim Simpanan Dan Perlindungan Untuk Suami Isteri Atau Anak.
Menawarkan dua jenis pelan yang dapat memberi pilihan kepada mereka yang ingin menyertainya.
Sakinah 1 – Perlindungan dengan Simpanan
Sakinah 2 – Perlindungan
Manfaat Sakinah 1
Memberi elemen perlindungan dan simpanan. Peserta atau Pasangan akan menerima bukan sahaja manfaat perlindungan bagi Kematian dan Hilang Upaya Kekal secara sekaligus, tetapi juga nilai terkumpul Akaun Peserta.
Sakinah 2
Memberikan elemen perlindungan bagi Kematian dan Hilang Upaya Kekal kepada peserta atau pasangan yang dilindungi. Amaun manfaat 100% akan diberikan kepada pasangan jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal yang pertama.
Manfaat Pilihan Sakinah 1
1) Manfaat Kematian Dan Keilatan Akibat Kemalangan
2) Manfaat Indemniti Kemalangan
3) Manfaat Hospital
4) Penyakit Kritikal
5) Rider Bertempoh
Sakinah 2
1) Manfaat Kematian Dan Keilatan Akibat Kemalangan
2) Manfaat Indemniti Kemalangan
3) Manfaat Hospital
4) Penyakit Kritikal
Sumbangan
Sumbangan minimum tahunan sebanyak RM 600.00.
Pilihan Sumbangan boleh dibuat sama ada dalam bulanan, suku tahunan, setengah tahunan atau tahunan.
Kelayakan Penyertaan
Peserta Pertama: Minimum 18 tahun dan maksimum 60 tahun.
Peserta Kedua: Minimum 90 hari dan maksimum 60 tahun.

Penyakit Wanita
Afiah menawarkan pilihan kepada wanita untuk mendapatkan perlindungan daripada empat penyakit kritikal khusus dan juga bantuan perlindungan kepada mereka yang tersayang (anak-anak).
Manfaat Utama
Manfaat utamanya memberi perlindungan terhadap 4 penyakit kritikal khusus yang menyerang wanita:

1. Lupus Eritematosus Sistematik (SLE)

Penyakit inflamatori dermatitis dengan ruam merah bersisik pada hidung dan pipi, dan kerosakan yang progresif pada ginjal, dan dirawat dengan kortokosferoid

2. Artritis Reumatoid

Penyakit sendi kronik dan bercirikan perubahan keradangan di membrane sinovia, struktur artikular dan atrofi tulang, boleh menyebabkan kecacatan di peringkat akhir penyakit.

3. Barah Payudara
4. Barah Pangkal Rahim

Manfaat Pilihan
Manfaat pilihan perlindungan tambahan pula adalah seperti Manfaat Pendapatan Keluarga, Pemeriksaan kesihatan Wanita dan Elaun Hospital untuk peserta dan anak-anak.
Sumbangan
Sumbangan minimum tahunan sebanyak RM 360.00. Pilihan sumbangan boleh dibuat sama ada dalam bulanan, suku tahunan, setengah tahunan atau tahunan.
Kelayakan Penyertaan
Kelayakan penyertaan adalah untuk wanita berusia 18 sehingga 55 tahun pada ulangtahun akan datang atau kanak-kanak berusia 90 hari hingga 17 tahun pada ulang tahun akan datang.

Perlindungan Dan Simpanan Individu

MESRA merupakan pelan yang menawarkan perlindungan dan elemen simpanan. Dari tahun keempat perlindungan, nisbah pengendalian sumbangan adalah lebih kepada simpanan iaitu setinggi 75%.

MANFAAT
Manfaat Mesra dibayar jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal menyeluruh dan bagi hilang upaya kekal menyeluruh manfaat akan dibayar secara beransur-ansur selama 5 tahun sebanyak 10% setahun dan ansuran terakhir pada kadar 60%.

SUMBANGAN
Jumlah sumbangan tahunan yang akan dibayar akan menentukan amaun perlindungan yang diperolehi dengan didarabkan dengan pendarab jadual yang berasaskan pada umur dan tempoh perlindungan. Nisbah sumbangan bagi simpanan adalah lebih apabila tempoh kontrak meningkat.

Pelan Perlindungan Individu
Ehsan memberi perlindungan yang tinggi dengan kadar sumbangan yang rendah. Tiada unsur simpanan atau nilai tunai kerana sumbangan didermakan ke dalam Akaun Khas Peserta untuk memaksimumkan perlindungan.

MANFAAT
Manfaat kematian dan hilang upaya kekal menyeluruh di sepanjang tempoh penyertaan sehingga tamat tempoh takaful.

TEMPOH/SUMBANGAN/UMUR
Tempoh perlindungan dan sumbangan adalah sama iaitu dalam pilihan tempoh gandaan 5 tahun dari serendah 5 tahun hinggalah 30 tahun.

Sumbangan terendah ialah RM360 setahun. Umur peserta mestilah dari 18 tahun (genap) hingga 55 tahun (harijadi akan datang)

Pelan Pembayaran Balik Setiap 3 tahun
Prima adalah satu pelan istimewa dengan pulangan berjadual serta kebebasan mutlak dalam perancangan kewangan semasa... pendidikan, umrah dan ziarah, melancong, pelaburan dan sebagainya.

MANFAAT
Jumlah perlindungan sepenuhnya akan dibayar dalam tempoh kontrak berkuatkuasa sekiranya berlaku kematian.

Sekiranya berlaku hilang upaya kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 3 pembayaran. 20% daripada jumlah perlindungan serta Akaun Peserta Terkumpul dan keuntungan daripada Akaun Peserta apabila sahnya hilang upaya, 40% pada akhir tahun pertama dan kedua dari tarikh hilang upaya.

Manfaat Survival-Setiap 3 tahun bermula dari akhir tahun ketiga kontrak. 10% dari amaun perlindungan berdasarkan pulangan pelaburan 4% setahun.

Baki manfaat survival berjadual termasuk Akaun Peserta serta keuntungan Akaun Peserta dan Lebihan Akaun Khas Peserta.

Nilai serahan Akaun Peserta terkumpul dari tahun kedua penyerahan.

Atas apa juga sebab, sekiranya anda tidak dapat meneruskan sumbangan, anda boleh memilih satu daripada pilihan di dalam 'peruntukan bukan lucuthak' untuk meneruskan penyertaan.

KELAYAKAN PENYERTAAN

Had Umur : 6 Bulan hingga 54 tahun (pada tarikh lahir akan datang)

Simpanan Dan Perlindungan Jangka Panjang
Skim Warisan merupakan skim takaful yang memberikan faedah simpanan dan perlindungan yang membolehkan anda merancang kewangan demi kesejahteraan anda dan generasi akan datang.

MANFAAT
Membolehkan perlindungan diteruskan sehingga umur 88 tahun walaupun sumbangan telah tamat.Itu lah dia kelebihan produk takaful nasional.

Di akhir tempoh kontrak jumlah Akaun Peserta akan dipulangkan bersama perkongsian keuntungan daripada akaun peserta dan lebihan Akaun Khas Peserta.

Penyertaan kanak-kanak berumur dari 6 bulan dibolehkan dengan perlindungan hingga ke tahap RM200,000.

Sekiranya berlaku hilang upaya kekal dan menyeluruh, jumlah perlindungan akan dibayar dalam 3 pembayaran. 20% daripada jumlah perlindungan dan Akaun Peserta Terkumpul serta keuntungan daripada Akaun Peserta apabila sahnya hilang upaya, 40% pada akhir tahun pertama dan kedua dari tarikh hilang upaya.

KELAYAKAN PENYERTAAN
Had Umur : 6 bulan hingga 60 tahun

Takaful Pendidikan Anak
Dengan peningkatan kos pembelajaran ke IPTA dan IPTS di sekitar 3% setahun berdasarkan kadar inflasi, adakah anda telah bersedia untuk menghadapinya demi masa depan dan kesejahteraan anak anda?
Pelan TN Sarjana dengan gabungan tabungan dan perlindungan adalah satu usaha untuk mewujudkan dana khas sebagai perancancangan kewangan pendidikan anak anda di hari esok.
Kecermelangan masa depan anak anda ditangan anda. Dengan perancangan kewangan yang strategic dan digabung dengan perlindungan menjadikan TN Sarjana sebagai suatu perancangan yang komprehensif dan harus bagi penentuan masa depan anak anda.
Manfaat Perlindungan

* Sekiranya berlaku kematian atau keilatan kekal menyeluruh ke atas pembayar, kesemua sumbangan asas termasuk Rider atas diri anak melainkan tabungan tambahan akan dilunaskan sehingga tarikh matang, anak meninggal dunia atau keilatan kekal menyeluruh, yang mana terdahulu.
* Sekiranya berlaku kematian ke atas anak, kontrak ini akan membayar Manfaat Perlindungan berserta Akaun Peserta dan keuntungannya yang terkumpul.
* Sekiranya berlaku keilatan ke atas anak, kontrak ini akan membayar manfaat keilatan seperti di dalam jadual yang ditetapkan.

Manfaat SampinganPendahuluan Dana Pendidikan - Pengeluaran wang daripada Akaun Peserta (AP) dibolehkan 3 tahun sebelum tarikh matang.
Manfaat MatangApabila kontrak ini matang, peserta akan menerima keseluruhan akaun jumlah terkumpul dalam AP termasuk keuntungan dari AP dengan lebihan Akaun Khas Peserta.
Manfaat Perlindungan Komprehensif

Manfaat sampingan perlindungan berikut boleh disertai dengan sumbangan tambahan.

* Rider Bertempoh (Juvana Sahaja)
* Rider Penyakit Kritikal (Pembayar Sahaja)
* Rider Manfaat Hospital (Pembayar dan Juvana)
* Rider Pampasan Kemalangan (Pembayar Sahaja)
* Rider Manfaat Kematian dan Keilatan Akibat Kemalangan (Pembayar dan Juvana)
* Rider Manfaat Pembayar (Pembayar Sahaja)
* Rider Manfaat Pendapatan keluarga (Pembayar Sahaja)
* Tabungan Tambahan

Kelayakan Penyertaan
Had Umur : Sehingga 17 tahun
Tempoh Penyertaan : 5 hingga 24 tahun
Umur Pada Tarikh Matang : 13 hingga 25 tahun
Perlindungan Minima : RM 10,000
Sumbangan Minima : RM 600 setahun (Asas dan Tabungan Tambahan)

Pembahagian Keuntungan / Lebihan
Pembahagian keuntungan dan lebihan adalah sebanyak 80% kepada peserta dan 20% kepada Takaful.
Peserta berhak menerima keuntungan dari Akaun Peserta dan lebihan dari Akaun Khas Peserta (Jika ada).

Khairat Kematian Berkelompok
Pelan Takaful Keluarga Khairat Berkelompok disusun dengan tujuan untuk menyediakan manfaat takaful dalam bentuk bantuan kewangan jika ditakdirkan orang yang dilindungi meninggal dunia.

Pelan ini menyediakan perlindungan takaful kepada sekumpulan orang di bawah satu perjanjian (Sijil Takaful). Yang demikian urusan pentadbiran pelan ini dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan teratur
Ciri-Ciri Pelan
• Sumbangan berbentuk tahunan iaitu RM15 setiap unit keluarga
• Setiap unit keluarga dibenarkan menyertai satu unit pelan ini sahaja
• Penyertaan minimum seramai 20 orang
Skop perlindungan
• kematian akibat penyakit
• kematian akibat kemalangan

Amaun Manfaat
• Ahli & pasangan (18-65 tahun) :RM1,000
• Ahli & pasangan (66-75 tahun) :RM500
• Anak (maks. 4 kematian) :RM500/orang

Maklumat Peserta
• Nama ahli sahaja (ketua keluarga)
• Tarikh lahir
• No. Kad Pengenalan (Baru)

Mudharabah
Al-Mudharabah akan dibahagikan di antara Organisasi dan Takaful dengan nisbah 50:50

Mulakan Polisi Anda Sekarang Sebelum Terlambat.
Hubungi perunding takaful anda :
Tel: 017-4601066
Email: takaful@smart2u.com
Jika anda telah menyertai dan ingin bersama menjadi perunding separuh masa / sepenuh masa sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.
Bersama Menegakkan Muamalat Islam.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di takaful@smart2u.com


Diatas konsep kerjasama dan tolong menolong sesama insan anda boleh takafulkan semua harta yang bernilai bagi anda contohnya kenderaan, rumah dan asset-asset yang bernilai akibat risiko atau bencana.

TAKAFUL AM

Takaful Kenderaan

Melindungi peserta bagi kerosakan atau kehilangan kepada kenderaan dan liabiliti kepada pihak ketiga.

Perkara dilindungi
Melindungi peserta bagi kerosakan atau kehilangan kepada kenderaan dan liabiliti kepada pihak ketiga.

MANFAAT
Seksyen I - Kehilangan atau kerosakan

Peserta akan dilindungi apabila kenderaan mengalami kerosakan atau hilang dalam keadaan berikut:

* Perlanggaran atau terbalik yang tidak disengajakan
* Perlanggaran atau terbalik disebabkan oleh kerosakan teknikal
* Perlanggaran atau terbalik disebabkan oleh haus dan lusuh
* Kerosakan akibat hentaman oleh objek yang terjatuh dengan syarat tiada berlaku banjir, taufan, hurikan, ribut, badai, letupan gunung berapi, gempa bumi, tanah runtuh atau lain-lain konvulsi alam semulajadi
* Kebakaran, letupan atau kilat
* Perbuatan mencuri dari rumah kediaman, pecah rumah atau kecurian
* Perbuatan niat jahat
* Dalam perjalanan (termasuk memuat atau memunggah) melalui:
o Jalan raya, rel, jalan air pendalaman
o Jalan laut lepas merentasi selat antara Pulau Pinang dan Tanah Besar

Seksyen II - Liabiliti kepada pihak ketiga

Kami juga akan mengendalikan bayaran jumlah yang mana peserta atau pemandu yang dibenarkan yang bertanggungjawab di sisi undang-undang termasuk kos dan perbelanjaan pihak yang menuntut bagi:

* Kematian atau kecederaan anggota yang dialami oleh pihak ketiga
* Kerosakan harta benda akibat kemalangan disebabkan oleh penggunaan kenderaan Peserta

JENIS SIJIL

* Sijil Takaful Kereta Persendirian
* Sijil Takaful Motorsikal
* Sijil Takaful Kenderaan Komersial

Kemalangan Diri

Menyediakan perlindungan bagi kemalangan diri bagi mana-mana orang perseorangan yang berumur antara lapan belas (18) hingga enam puluh lima (65) tahun dan juga perlindungan berkelompok untuk organisasi, syarikat, sekolah dan institusi pengajian tinggi.
Jenis-jenis Perlindungan Kemalangan Diri yang ditawarkan:
Perlindungan Kemalangan Diri Individu

* Perlindungan Kemalangan Diri Berkelompok
o Organisasi, syarikat, persatuan
o Sekolah Rendah/Tadika
o Sekolah Menengah
o Universiti/Kolej
* Perlindungan Kemalangan Diri Dalam Perjalanan (Travel PA)
* Perlindungan Kemalangan Diri Pemandu & Penumpang
* Kenderaan Persendirian.
* Pakej Umrah dan Ziarah

MANFAAT

Berikut adalah manfaat yang diberikan di bawah skim ini:
Kematian akibat kemalangan

Kematian serta merta atau kematian yang berlaku dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh kemalangan.

Hilang Upaya/Kecatatan

Hilang Upaya/Kecatatan Kekal merujuk kepada hilang upaya yang disebabkan oleh kemalangan yang menghalang orang dilindungi daripada melibatkan diri dalam apa-apa jenis perniagaan atau pekerjaan atau menjalankan sebarang tugas, bagi memperolehi upah atau keuntungan

Syarat bagi menentukan samada hilang upaya tersebut adalah kekal ia mestilah berterusan bagi tempoh tidak kurang daripada 6 (enam) bulan.

Kehilangan kedua tangan atau kedua kaki atau sebelah tangan dan sebelah kaki atau kedua mata adalah disifatkan sebagai hilang upaya menyeluruh dan kekal.

Kehilangan bagi tangan dan kaki bererti putus pada atau di pergelangan tangan dan buku lali; bagi mata, hilang penglihatan sepenuhnya dan tidak dapat dipulihkan semula.

Hilang Upaya Sementara Menyeluruh (Manfaat Mingguan)

Skim ini biasanya dilanjutkan untuk meliputi faedah mingguan sehingga seratus empat (104) minggu jika Peserta mengalami hilang upaya sementara menyeluruh yang disebabkan oleh sesuatu kemalangan.

Hilang Upaya Sementara Menyeluruh bermaksud seseorang yang hilang upaya secara menyeluruh buat sementara waktu yang menghalangnya melibatkan diri dalam apa-apa jenis perniagaan atau pekerjaan atau menjalankan sebarang tugas bagi memperolehi upah atau keuntungan disebabkan kemalangan.

Hilang Upaya Sementara Separa (Manfaat Mingguan)

Skim ini juga dilanjutkan untuk meliputi faedah mingguan sehingga seratus empat (104) minggu jika Peserta mengalami hilang upaya sementara separa yang disebabkan oleh sesuatu kemalangan.

Ini bermaksud hilang upaya yang dialami adalah hanya kepada sebahagian daripada anggota badan.

Perbelanjaan Perubatan

Syarikat akan membayar perbelanjaan rawatan perubatan ke atas mana-mana kecederaan tubuh badan yang diakibatkan oleh kemalangan.

Perbelanjaan ini tertakluk kepada had yang ditetapkan oleh syarikat.

Rumah & Barangan

Memberi perlindungan kepada pemilik rumah kediaman dengan satu kadar yang lebih menarik dan murah.

PERKARA DILINDUNGI
Rumah-rumah kediaman yang boleh diberi perlindungan termasuklah rumah pangsa, pangsapuri dan pejabat di rumah, kandang kuda dan garaj kereta yang terdapat di premis yang sama.

MANFAAT
Sijil Takaful ini memberi perlindungan kepada Peserta akibat dari kerugian atau kerosakan yang berpunca akibat bencana berikut:-

* Kebakaran, kilat/petir atau kebakaran bawah tanah
* Letupan
* Kejatuhan pesawat udara dan lain-lain peralatan udara dan/atau barang-barang yang jatuh daripadanya
* Perlanggaran oleh kenderaan
* Pecahan atau limpahan tangki air domestik, peralatan atau paip-paip tidak termasuk:-
o RM50.00 pertama bagi setiap tuntutan
o Kerosakan semasa rumah kediaman ditinggalkan tanpa perabot dan peralatan
o Kerosakan pada tangki dan peralatan yang pecah
* Kecurian tetapi hendaklah beserta dengan kesan yang jelas semasa cuba masuk atau keluar dari bangunan tersebut. (Sekiranya rumah kediaman itu ditinggalkan tanpa penghuni melebihi 90 hari maka perlindungan ini akan terhenti serta merta di hari-hari yang melebihi 90 hari tanpa penghuni tersebut melainkan telah dipersetujui oleh syarikat)
* Badai, siklon, taufan, ribut tertakluk kepada fasal ekses terkandung di dalam sijil
* Gempabumi atau letupan gunung berapi tertakluk kepada fasal ekses terkandung di dalam sijil
* Banjir, tidak termasuk kerugian disebabkan kerosakan akibat gelinciran atau tanah runtuh tertakluk kepada fasal ekses terkandung di dalam sijil

JENIS PERLINDUNGAN

Seksyen I
Kerosakan kepada bangunan

Memberi perlindungan kepada peserta akibat daripada kerosakan yang berlaku akibat daripada risiko yang dilindungi.

Seksyen II
Kehilangan & kerosakan kepada barang-barang

Memberi perlindungan atas kerosakan dan kehilangan barang-barang isi rumah yang dilindungi akibat daripada kejadian yang dilindungi.

Barang-barang isi rumah yang dilindungi adalah termasuk barang-barang persendirian (melainkan yang disebut tidak dilindungi di dalam sijil) kepunyaan peserta dan juga keluarga peserta yang tinggal bersamanya.

Seksyen III A
Kehilangan Sewaan

Memberi perlindungan gantirugi kepada peserta diatas sewa yang kena bayar ketika menduduki premis lain semasa premis/rumah kediaman yang dilindungi sedang dibaiki akibat daripada peril yang dilindungi.Liabiliti syarikat adalah tertakluk kepada maksima 10% daripada jumlah perlindungan.

Seksyen III B
Liabiliti kepada awam

Perlindungan ini juga akan membayar segala tuntutan dimana peserta adalah dipertanggung jawabkan untuk membayar oleh mahkamah akibat daripada kemalangan yang berlaku semasa tarikh perlindungan dan dipremis yang dilindungi:-

* Kecerderaan yang dialami oleh orang awam yang bukan ahli keluarga dan juga pekerja peserta
* kerosakan kepada harta benda atau barang persendirian orang awam yang bukan dimiliki dan tanggungan peserta, keluarga peserta dan juga pekerja peserta.
* Jumlah bayaran pula adalah tidak melebihi had yang telah ditetapkan didalam sijil perlindungan untuk sesuatu kemalangan atau siri kemalangan.

Untuk maklumat lanjut tentang skim-skim lain sila hubungi kami di email: takaful@smart2u.com

Website: www.takaful.smart2u.com